Apa Itu Fiverr - Terma dan Syarat Di Fiverr

Apa Itu Fiverr - Ketahui Terma dan Syarat Di Fiverr Secara Ringkas

Apa Itu Fiverr - Ketahui Terma dan Syarat Di Fiverr Secara Ringkas : Sebelum menawarkan servis di laman Fiverr, anda perlu mengetahui secara ringkas terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak pengendali Fiverr. Ianya untuk mengelakkan anda dari menawarkan servis yang dilarang atau melakukan sesuatu yang melanggar syarat yang ditetapkan. Jika ini berlaku akaun Fiverr anda akan disenaraihitamkan atau ditamatkan. Ibarat berkunjung ke laman orang, kita perlu menghormati tuan rumah.

Berikut adalah terma & syarat Fiverr secara ringkas yang perlu anda ketahui :
Apa Itu Fiverr Terma dan Syarat Di Fiverr



  • Servis/perkhidmatan yang ditawarkan di laman Fiverr dinamakan gigs.
  • Setiap gigs yang ditawarkan berharga 5 US Dollar.
  • Hanya pelawat laman Fiverr yang berdaftar sahaja boleh melakukan urusan jual-beli. Pendaftaran akaun Fiverr adalah percuma.
  • Gigs diorder melalui fungsi butang 'ORDER NOW'.
  • Penjual menerima bayaran gigs melalui akaun Paypal.
  • Bagi pembeli pula, bayaran boleh dibuat menggunakan akaun Paypal atau Kad Kredit.
  • Setiap transaksi order, caj 1 US Dollar dikenakan oleh pihak Fiverr. Jadi penjual akan menerima 4 US Dollar untuk setiap order.
  • Pembeli akan membuat bayaran 5 US Dollar kepada pihak Fiverr apabila membuat order.
  • Selepas pembeli menerima order dari pihak penjual, Fiverr akan memasukkan 4 US Dollar ke akaun Fiverr penjual.
  • Penjual perlu menyiapkan gigs yang ditawarkan mengikut tempoh masa yang dinyatakan di dalam gigs. Jika gagal menyiapkan dalam tempoh masa tersebut, pembeli boleh membatalkan order dan 5 US Dollar akan dipulangkan. Pembatalan order mungkin akan menjejaskan reputasi dan rating penjual.
  • Pihak penjual juga boleh membatalkan order yang diterima dalam masa yang ditetapkan. Namun hal ini boleh menjatuhkan rating penjual.
  • Pihak Fiverr bertanggungjawab menjaga privasi pengguna Fiverr dan info berkaitan pengguna Fiverr adalah dilindungi. Pengguna tidak dibenarkan mendedahkan atau meminta details pengguna lain seperti e-mail, skype dll.
  • Komunikasi antara pihak penjual-pembeli boleh dilakukan menggunakan fungsi mesej yang disediakan oleh pihak Fiverr.
  • Gigs yang dilarang adalah seperti mengandungi unsur-unsur lucah ( 18SX ), perisian cetak rompak/ciplak, spam dll. Akaun Fiverr anda boleh disenaraihitamkan secara tetap jika berlaku perlanggaran terma dan syarat yang ditetapkan.
  • Penjual perlu menghantar gigs yang telah siap menggunakan fungsi 'Deliver Worked Completed' ( ada di laman Order Page ). Pihak Fiverr tidak bertanggungjawab atas sebarang penghantaran dokumen yang mengandungi virus, malware dll oleh pihak penjual kepada pembeli.
  • Setiap gigs yang telah lengkap & dihantar oleh penjual, pihak pembeli mempunyai tempoh masa selama 3 hari untuk memaklumkan respon bahawa order gigs tersebut telah selesai/lengkap.
  • Bayaran gigs yang dimasukkan ke akaun Fiverr boleh dikeluarkan/withdraw melalui akaun Paypal.
  • Baki wang di akaun Fiverr boleh digunakan untuk membuat bayaran untuk order gigs dengan syarat baki wang akaun Fiverr anda sekurang-kurangnya 5 US Dollar.
  • Tempoh 'safety clearance' untuk mengeluarkan wang dari akaun Fiverr ke akaun Paypal dalah 14 hari selepas Fiverr mencreditkan bayaran order ke akaun Fiverr.
  • Paypal mengenakan caj sebanyak 2% bagi setiap transaksi withdraw dari akaun Fiverr ke akaun Paypal.

Mulakan gigs pertama anda di laman Fiverr untuk menjana pendapatan 5 US Dollar bagi setiap order. Pastikan gigs anda mematuhi terma, syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh Fiverr. Jom Fiverr dan selamat menjana pendapatan di Fiverr!

Apa Itu Fiverr Terma dan Syarat Di Fiverr

Apa Itu Fiverr - Ketahui Terma dan Syarat Di Fiverr Secara Ringkas : Semoga berjaya dapatkan 5 USD pertama anda di Fiverr


Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Silahkan klik disini untuk berlangganan gratis via email, dengan begitu Anda akan mendapat kiriman artikel setiap ada artikel yang terbit di Creating Website

0 comments:

 
Kartikel Ping jawatan kosong 2012 jawatan kosong terkini Bloggers - Meet Millions of Bloggers Page Rank Checker Blogged.my Free Auto Malaysia Backlinks Text Back Link Exchange Ping your blog, website, or RSS feed for Free Support : Fiverr.com | RahsiaWangFiverr | Apa Itu Fiverr | 1Malaysia
Copyright © 2014. Buat Duit Online - Apa Itu Fiverr - All Rights Reserved
Template Modify by Apa Itu Fiverr
Proudly powered by Blogger