Home » , , » Apa Itu Fiverr - Tip Jana Wang Di Fiverr

Apa Itu Fiverr - Tip Jana Wang Di Fiverr

Apa Itu Fiverr - 3 Tips Jana Wang Secara Online Di Fiverr

Apa Itu Fiverr - 3 Tips Jana Wang Secara Online Di Fiverr : Jika anda ingin menjana pendapatan secara online di laman Fiverr, anda perlu mengetahui tips penting agar objektif utama anda menyertai Fiverr, iaitu menjana pendapatan US Dollar tercapai.

Tips pertama – apakah servis yang anda ingin jual atau tawarkan di laman Fiverr?
Apa Itu Fiverr Tip Jana Wang Di Fiverr
Sebelum membuat keputusan tentang apakah servis/perkhidmatan yang ingin anda tawarkan, anda perlu mengambil kira aspek ratio tugasan servis : bayaran. Di Fiverr, segala yang ditawarkan adalah bernilai 5 US Dollar. Nilai ini dibahagikan pula, di mana 1 US Dollar untuk Fiverr dan Paypal. Selebihnya iaitu 4 US Dollar adalah hak milik anda. Jadi anda perlu tentukan had masa untuk menyiapkan tugasan servis yang anda tawarkan adalah berbaloi dan efektif untuk memperolehi 4 US Dollar.

Kebanyakan IM di Fiverr menawarkan servis yang mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan 1 order dari pelanggan. Contohnya mengambil masa hampir 1 jam untuk menyiapkan artikel yang berkapasiti 400-500 patah perkataan atau penyediaan video pemasaran yang memakan masa 2 jam untuk disiapkan. Adakah ianya efektif dan berbaloi untuk memperolehi 4 US Dollar untuk tempoh tugasan servis yang mengambil masa 2 jam untuk diselesaikan? Ini bukan cara yang efektif untuk menjana US Dollar secara maksimum di Fiverr.

Untuk menjana pendapatan US Dollar secara efektif di Fiverr, anda perlu menawarkan servis yang hanya memerlukan masa sekitar 10-15 minit untuk diselesaikan dan dihantar kepada pelanggan. Contohnya anda menyediakan list 50 tips bagaimana membina kredibiliti dalam laman social dalam bentuk pdf. Apabila terdapat order, anda hanya perlu menghantar dokumen dalam bentuk pdf kepada pelanggan. Ianya mengambil masa kurang dari 5 minit untuk menghantar order kepada pelanggan.

Tips kedua pula adalah tentang tajuk gigs anda di Fiverr.
Apa Itu Fiverr Tip Jana Wang Di Fiverr
Bagaimana anda menulis tajuk gigs anda di Fiverr? Tajuk gigs adalah satu elemen penting yang perlu diberi perhatian agar dapat menarik minat pelanggan terhadap servis yang anda tawarkan di Fiverr. Maksima tajuk gigs anda adalah 140 patah perkataan. Elakkan penggunaan tajuk yang terlalu panjang. Tajuk gigs anda mampu menarik minat prospek untuk mengetahui tentang servis/perkhidmatan yang anda tawarkan. Pastikan idea utama servis anda berada di dalam tajuk. Servis yang berkualiti dan mendapat permintaan tidak memerlukan tajuk gigs yang panjang.

Tips ketiga pula adalah berkaitan dengan penggunaan gambar yang betul dan berkait dengan servis yang anda tawarkan.
Apa Itu Fiverr Tip Jana Wang Di Fiverr
Sebagai contoh jika anda menawarkan servis yang berkaitan Facebook, gunakan logo Facebook sebagai salah satu gambar di dalam gigs anda. Secara tidak langsung pelawat Fiverr atau prospek dapat mengetahui servis yang anda tawarkan adalah berkaitan dengan laman sosial Facebook. Pastikan anda menggunakan gambar yang relevan dengan servis yang anda tawarkan.

Dengan menawarkan servis yang ringkas dan mudah beserta penggunaan fungsi gigs di laman Fiverr secara teratur, anda mampu menarik prospek terhadap gigs yang anda sediakan. Pelbagai teknik dan formula menjana US Dollar di laman Fiverr yang boleh anda aplikasikan dan menjana pendapatan secara maksimum di Fiverr!

Apa Itu Fiverr - 3 Tips Jana Wang Secara Online Di Fiverr

Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Silahkan klik disini untuk berlangganan gratis via email, dengan begitu Anda akan mendapat kiriman artikel setiap ada artikel yang terbit di Creating Website

0 comments:

 
Kartikel Ping jawatan kosong 2012 jawatan kosong terkini Bloggers - Meet Millions of Bloggers Page Rank Checker Blogged.my Free Auto Malaysia Backlinks Text Back Link Exchange Ping your blog, website, or RSS feed for Free Support : Fiverr.com | RahsiaWangFiverr | Apa Itu Fiverr | 1Malaysia
Copyright © 2014. Buat Duit Online - Apa Itu Fiverr - All Rights Reserved
Template Modify by Apa Itu Fiverr
Proudly powered by Blogger