Alternatif Lain Seperti Fiverr

Apa itu Fiverr - Altenatif Lain Seperti Fiverr

Altenatif Lain Seperti Fiverr

Apa itu Fiverr - Altenatif Lain Seperti FiverrRamai yang telah menjana ratusan malahan ribuan ringgit di fiverr dengan kerja yang minimum tetapi pulangan wang yang tidak disangka-sangka. Maka telah wujud pilihan alternatif kepada sesiapa yag mahukan wang di internet dengan idea kreatif dan kemahiran masing-masing. Di bawah adalah alternatif menjana pendapatan di internet selain Fiverr :

1.  www.gigbucks.com 
2.  www.zeerk.com 
3.  www.tenbux.com 
4.  www.justafive.com 
5.  www.outsourcerr.com 
6.  www.fivesquids.co.uk 
7.  www.5dollargigs.com 
8.  www.gigme5.com 
9.  www.gigdollars.com 
10. www.10spott.com 
11. www.fiversworld.com
12. www.tenyt.com 
13. www.fourerr.com 
14. www.fiversworld.com 
15. www.guruwarrior.com 
16. www.fivefty.com 
17. www.fiverup.com 
18. www.tenerr.com

Apa itu Fiverr - Altenatif Lain Seperti Fiverr


Apa Itu Fiverr - Idea Gigs Anda Di Fiverr

Apa Itu Fiverr - Idea Servis Untuk Gigs Anda Di FiverrMenjana US Dollar dari laman Fiverr dilihat agak mudah dan senang jika pendekatan yang digunakan adalah betul. Tetapi jika pendekatan yang salah diambil, ianya boleh menjadi sesuatu yang sukar bagi memperolehi satu order bernilai 5 US Dollar di Fiverr. Jadi fikir dan rancang terlebih dahulu servis yang ingin anda tawarkan di Fiverr.

Tidak tahu servis untuk ditawarkan di laman Fiverr? 

Baiklah, di sini saya kongsikan beberapa idea yang boleh anda kembangkan untuk servis yang mudah dan ringkas di Fiverr :

SERVIS BERKAITAN DENGAN PENGIKLANAN

Idea Gigs Anda Di Fiverr
  • Postkan URL link laman web atau blog di Facebook, Fan Page atau Twitter
  • Postkan URL link laman web atau blog di laman sosial seperti Folkd, Bibsonomy, Digg dll.
  • Setup akaun Facebook, Fan Page, Twitter dll.
  • Setup akaun laman sosial seperti Stumble Upon, Tagged dll.
  • Setup blog wordpress atau blogspot
  • Setup sistem autoresponder.
  • Pakai baju/t-shirt atau topi yang tertulis nama pelanggan, laman web pelanggan atau mesej ringkas yang pelanggan inginkan. 
  • Memegang sekeping kertas yang tertera nama pelanggan, URL link, nama syarikat atau mesej ringkas dengan berlatar belakangkan bangunan atau pemandangan yang menarik.
SERVIS BERKAITAN PENULISAN

Idea Gigs Anda Di Fiverr
  • Servis membuat artikel dengan kapasiti 400-500 patah perkataan mengikut niche tertentu
  • Servis spin/re-write artikel ( penggunaan perisian/software )
  • Penulisan artikel review atau testimonial
  • Servis komen di blog, laman web, FB dll
  • Penulisan tutorial tentang sesuatu kemahiran
  • Penulisan laporan atau kajian kes ( study case )
SERVIS BERKAITAN KEMAHIRAN GRAFIK DESIGN

Idea Gigs Anda Di Fiverr
  • Buat logo, banner untuk laman web
  • Buat e-cover untuk e-book
  • Design background untuk akaun twitter
  • Penggunaan software Adobe Photoshop untuk pelbagai teknik berkaitan gambar
  • Design laman web, blog dll
SERVIS BACKLINK & SEO

Idea Gigs Anda Di Fiverr
  • Guna software percuma atau berbayar untuk membuat laporan backlink
  • Social bookmark laman web & blog pelanggan
  • Membuat komen di laman web/blog
  • Servis SEO kepada pelanggan
  • Tutorial tentang SEO
  • Servis mencari keyword
  • Servis ping laman web URL, blog
  • Tutorial strategi backlink atau SEO
  • Setup RSS Feed dan submit ke direktori RSS
SERVIS BERKAITAN WORDPRESS & BLOG

Idea Gigs Anda Di Fiverr
  • Setup blog wordpress pelanggan
  • Setup plugin,themes dan media untuk blog wordpress
  • Buat tutorial bagaimana menggunakan wordpress
SERVIS BERKAITAN PENYEDIAAN VIDEO

Idea Gigs Anda Di Fiverr
  • Menyediakan video pendek tentang produk & perkhidmatan
  • Menyediakan video pendek tentang laman web, syarikat dll
  • Menyediakan video mengikut apa yang pelanggan inginkan
  • Servis edit video


SERVIS BERKAITAN BAKAT NYANYIAN


Idea Gigs Anda Di Fiverr

  • Menyanyikan lagu sambutan Selamat Hari Jadi kepada pelanggan
  • Rakaman suara untuk komentar sesebuah produk, syarikat atau perkhidmatan
  • Rakaman suara testimonial produk atau perkhidmatan
  • Rakaman suara untuk pengiklanan produk
Kesimpulannya pelbagai servis yang boleh anda tawarkan di laman Fiverr dengan kadar harga 5 US Dollar. Tawaran yang unik dan kreatif pastinya mampu menjana pendapatan US Dollar untuk anda. Apa yang penting ratio tempoh masa tugasan servis:harga diambil kira agar servis yang anda tawarkan mampu menjana pendapatan US Dollar secara optima dan efesien. Elakkan menawarkan servis yang memerlukan masa yang lama untuk diselesaikan. Pastikan  servis berbaloi untuk diri anda. Selamat menjana pendapatan di Fiverr!

Apa Itu Fiverr - Idea Gigs Anda Di Fiverr : Teknik pantas menghasilkan pendapatan di fiverr



Apa Itu Fiverr - Paling Mendapat Sambutan Di Fiverr

Apa Itu Fiverr - Gigs Paling Hot & Mendapat Sambutan Di Fiverr

Apa Itu Fiverr - Gigs Paling Hot & Mendapat Sambutan Di Fiverr : Gigs manakah yang paling mendapat sambutan di laman Fiverr? Apakah kelebihan gigs tersebut? Berapakah jumlah order yang diperolehi? Pelbagai persoalan berlegar difikiran. Untuk mendapatkan jawapannya, layari laman Fiverr!

Gunakan fungsi 'filter gigs by popularity' dan anda boleh lihat 3 gigs teratas yang paling popular dikalangan pengunjung Fiverr. Apakah ciri-ciri gigs tersebut? Apakah keistimewaan gigs tersebut dan bagaimana gigs tersebut mampu menarik ribuan order untuk gigs yang ditawarkan?

Apa Itu Fiverr Paling Mendapat Sambutan Di Fiverr


Apabila saya menggunakan fungsi 'filter gigs by popularity' pada masa ini, gigs teratas adalah gigs yang menawarkan perkhidmatan berkaitan video, iaitu 'I will create 3 videos about a topic of your choice for $5'. Gigs ini telah berjaya memperolehi 1603 order! 1603 x 5 US Dollar = 8015 US Dollar. Hampir RM 25,000!!

Lihat description gigs tersebut :

"..Videos is a must have for any business to be successful. If you give me an idea or topic, I can create 3 1 minute videos about your topic. I will find the images and add the text as well as mix the music into the video. You can see a sample here: http://www.demotest123.com/fiverr/sample.html Topic in this video is 'vitamins and supplements.."

Servis yang simple, mudah dan ringkas. Paling utama mendapat permintaan tinggi.Berdasarkan gigs ini anda boleh membuat pengubahsuaian terhadap gigs tersebut dengan menampilkan beberapa ciri-ciri tambahan bagi menyaingi gigs tersebut. Gigs yang anda cuba buat terbukti mempunyai permintaan berdasarkan carian 'filter gigs by popularity' dan telah memperolehi 1000 lebih pesanan. Anda perlu mengikut trend di Fiverr. Elakkan menawarkan sesuatu yang telah terbukti tiada sambutan atau permintaan.

Apa Itu Fiverr Paling Mendapat Sambutan Di Fiverr

Jadi apa yang penting di sini, anda perlu membuat kajian terlebih dahulu sebelum memasuki pasaran Fiverr dan mengaktifkan gigs anda. Apa yang akan anda tawarkan di laman Fiverr adalah servis yang telah mempunyai permintaan. Anda perlu lebih kreatif untuk bersaing dengan menawarkan nilai tambah atau apa sahaja yang boleh menarik minat pembeli. Bersaing secara sihat di laman Fiverr. Elakkan menawarkan gigs yang melanggar syarat, terma dan peraturan yang telah ditetapkan.

Walaupun 5 US Dollar dilihat sebagai satu jumlah yang kecil, tetapi dengan menggunakan formula fiverr, anda mampu menjana pendapatan berganda dengan memperolehi order dari pelanggan secara berterusan. Jika newbie mampu menjana income lumayan di laman fiverr, anda juga mampu. Pelbagai teknik telah diperkenalkan oleh rakan-rakan IM. Take Action! Gunakan peluang yang ada untuk meraih 5 US Dollar dengan mudah, ringkas dan senang. Tanpa kemahiran tertentu, anda juga mampu menjana pendapatan di laman Fiverr. Jom Fiverr!!

Apa Itu Fiverr - Gigs Paling Hot & Mendapat Sambutan Di Fiverr : Semoga berjaya mengaut USD di Fiverr. Take Action!

Apa Itu Fiverr - Terma dan Syarat Di Fiverr

Apa Itu Fiverr - Ketahui Terma dan Syarat Di Fiverr Secara Ringkas

Apa Itu Fiverr - Ketahui Terma dan Syarat Di Fiverr Secara Ringkas : Sebelum menawarkan servis di laman Fiverr, anda perlu mengetahui secara ringkas terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak pengendali Fiverr. Ianya untuk mengelakkan anda dari menawarkan servis yang dilarang atau melakukan sesuatu yang melanggar syarat yang ditetapkan. Jika ini berlaku akaun Fiverr anda akan disenaraihitamkan atau ditamatkan. Ibarat berkunjung ke laman orang, kita perlu menghormati tuan rumah.

Berikut adalah terma & syarat Fiverr secara ringkas yang perlu anda ketahui :
Apa Itu Fiverr Terma dan Syarat Di Fiverr



  • Servis/perkhidmatan yang ditawarkan di laman Fiverr dinamakan gigs.
  • Setiap gigs yang ditawarkan berharga 5 US Dollar.
  • Hanya pelawat laman Fiverr yang berdaftar sahaja boleh melakukan urusan jual-beli. Pendaftaran akaun Fiverr adalah percuma.
  • Gigs diorder melalui fungsi butang 'ORDER NOW'.
  • Penjual menerima bayaran gigs melalui akaun Paypal.
  • Bagi pembeli pula, bayaran boleh dibuat menggunakan akaun Paypal atau Kad Kredit.
  • Setiap transaksi order, caj 1 US Dollar dikenakan oleh pihak Fiverr. Jadi penjual akan menerima 4 US Dollar untuk setiap order.
  • Pembeli akan membuat bayaran 5 US Dollar kepada pihak Fiverr apabila membuat order.
  • Selepas pembeli menerima order dari pihak penjual, Fiverr akan memasukkan 4 US Dollar ke akaun Fiverr penjual.
  • Penjual perlu menyiapkan gigs yang ditawarkan mengikut tempoh masa yang dinyatakan di dalam gigs. Jika gagal menyiapkan dalam tempoh masa tersebut, pembeli boleh membatalkan order dan 5 US Dollar akan dipulangkan. Pembatalan order mungkin akan menjejaskan reputasi dan rating penjual.
  • Pihak penjual juga boleh membatalkan order yang diterima dalam masa yang ditetapkan. Namun hal ini boleh menjatuhkan rating penjual.
  • Pihak Fiverr bertanggungjawab menjaga privasi pengguna Fiverr dan info berkaitan pengguna Fiverr adalah dilindungi. Pengguna tidak dibenarkan mendedahkan atau meminta details pengguna lain seperti e-mail, skype dll.
  • Komunikasi antara pihak penjual-pembeli boleh dilakukan menggunakan fungsi mesej yang disediakan oleh pihak Fiverr.
  • Gigs yang dilarang adalah seperti mengandungi unsur-unsur lucah ( 18SX ), perisian cetak rompak/ciplak, spam dll. Akaun Fiverr anda boleh disenaraihitamkan secara tetap jika berlaku perlanggaran terma dan syarat yang ditetapkan.
  • Penjual perlu menghantar gigs yang telah siap menggunakan fungsi 'Deliver Worked Completed' ( ada di laman Order Page ). Pihak Fiverr tidak bertanggungjawab atas sebarang penghantaran dokumen yang mengandungi virus, malware dll oleh pihak penjual kepada pembeli.
  • Setiap gigs yang telah lengkap & dihantar oleh penjual, pihak pembeli mempunyai tempoh masa selama 3 hari untuk memaklumkan respon bahawa order gigs tersebut telah selesai/lengkap.
  • Bayaran gigs yang dimasukkan ke akaun Fiverr boleh dikeluarkan/withdraw melalui akaun Paypal.
  • Baki wang di akaun Fiverr boleh digunakan untuk membuat bayaran untuk order gigs dengan syarat baki wang akaun Fiverr anda sekurang-kurangnya 5 US Dollar.
  • Tempoh 'safety clearance' untuk mengeluarkan wang dari akaun Fiverr ke akaun Paypal dalah 14 hari selepas Fiverr mencreditkan bayaran order ke akaun Fiverr.
  • Paypal mengenakan caj sebanyak 2% bagi setiap transaksi withdraw dari akaun Fiverr ke akaun Paypal.

Mulakan gigs pertama anda di laman Fiverr untuk menjana pendapatan 5 US Dollar bagi setiap order. Pastikan gigs anda mematuhi terma, syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh Fiverr. Jom Fiverr dan selamat menjana pendapatan di Fiverr!

Apa Itu Fiverr Terma dan Syarat Di Fiverr

Apa Itu Fiverr - Ketahui Terma dan Syarat Di Fiverr Secara Ringkas : Semoga berjaya dapatkan 5 USD pertama anda di Fiverr


 
Kartikel Ping jawatan kosong 2012 jawatan kosong terkini Bloggers - Meet Millions of Bloggers Page Rank Checker Blogged.my Free Auto Malaysia Backlinks Text Back Link Exchange Ping your blog, website, or RSS feed for Free Support : Fiverr.com | RahsiaWangFiverr | Apa Itu Fiverr | 1Malaysia
Copyright © 2014. Buat Duit Online - Apa Itu Fiverr - All Rights Reserved
Template Modify by Apa Itu Fiverr
Proudly powered by Blogger