Apa Itu Fiverr - Paling Hot Di Fiverr

Apa Itu Fiverr - 4 Servis Paling Hot Di Fiverr

Apa Itu Fiverr - 4 Servis Paling Hot Di Fiverr : Apakah servis/perkhidmatan paling hot dan mendapat sambutan ramai di Fiverr? Berdasarkan kajian dan pemerhatian, servis/perkhidmatan yang paling mendapat sambutan dari pengguna laman Fiverr adalah :
  • Grafik
  • Video
  • Pengiklanan
  • Penulisan

Grafik
Apa Itu Fiverr Paling Hot Di Fiverr
Servis berasaskan grafik merupakan antara servis yang paling mendapat sambutan. Antara servis yang ditawarkan ialah seperti membuat logo, banner, latar belakang laman web, latar belakang blog/wordpress, membuat cover e-book, cover software atau perisian, cover CD/DVD dll. Bagi yang mempunyai kemahiran grafik, anda boleh memanafaatkan permintaan tinggi terhadap servis berasaskan grafik di laman Fiverr untuk mendapat order berganda. Dengan hasil kerja yang kreatif, unik dan disukai pelanggan, anda mampu untuk mendapat pendapatan secara berterusan melalui servis yang anda tawarkan. Banyak pilihan yang boleh anda tawarkan dengan kemahiran grafik yang anda miliki.


Video
Apa Itu Fiverr Paling Hot Di Fiverr

Salah satu lubuk US Dollar di laman Fiverr. Servis video seperti membuat video pendek ( durasi 60 saat/ 1 minit ), edit/suntingan video, rakaman video dll. Pelabagai idea kreatif dan unik boleh anda lihat bagi servis video yang di tawarkan di laman Fiverr. Contohnya rakaman selama 60 saat seseorang menyelam di dalam air sambil memegang sekeping kertas yang tertera nama seseorang atau mesej tertentu. Ianya unik dan lain dari yang lain. Servis video yang biasa adalah seperti membuat video tentang sesuatu produk atau perkhidmatan, testimonial, syarikat dll. Servis seperti ini juga mendapat permintaan ramai untuk kadar bayaran 5 US Dollar. Selain itu servis/perkhidmatan edit atau suntingan video juga mendapat order yang banyak. Tampilkan idea yang unik dan kreatif untuk servis video anda untuk menjana pendapatan secara konsisten di laman Fiverr.

Pengiklanan
Apa Itu Fiverr Paling Hot Di Fiverr

Servis pengiklanan antara gigs yang paling banyak ditawarkan di laman Fiverr. Pelbagai idea pengiklanan yang unik dan kreatif ditawarkan. Skop servis/perkhidmatan pengiklanan adalah luas dan pelbagai cara boleh digunakan. Apa yang penting di Fiverr adalah gigs yang dihasilkan mestilah menawarkan servis yang unik dan kreatif. Contohnya anda memegang sekeping kertas tertulis nama seseorang, nama syarikat atau mesej dan berlatarbelakangkan monumen atau bangunan menarik seperti menara berkembar KLCC, jambatan Pulau Pinang dll. Ianya 1 cara unik dan kreatif. Seseorang memegang sekeping kertas yang tertulis nama syarikat yang berpangkalan di London dengan berlatarbelakangkan bangunan menara berkembar Petronas di Kuala Lumpur, Malaysia.

Penulisan

Servis penulisan juga boleh membantu anda menjana pendapatan US Dollar secara konsisten di laman Fiverr. Pelbagai cabang servis/perkhidmatan penulisan yang boleh ditawarkan di laman Fiverr. Antaranya ialah menulis 1 artikel dengan kapasiti 400-500 patah perkataan. Pilihan niche artikel bergantung kepada pelanggan. Atau penulisan artikel review sesuatu produk, perkhidmatan, syarikat atau laman web. Selain itu, terdapat software atau perisian yang berfungsi sebagai 'article spinner/re-write' yang boleh menukar artikel asal kepada artikel lain yang unik. Dengan penggunaan software atau perisian ini, anda boleh menawarkan servis spin artikel. Tugas itu dilakukan oleh software atau perisian. Mudah bukan?

Apa yang dinyatakan di atas, adalah antara servis yang mendapat sambutan di Fiverr. Fikirkan secara kreatif untuk menawarkan servis di laman Fiverr untuk mula menjana pendapatan secara US Dollar.

Apa Itu Fiverr - 4 Servis Paling Hot Di Fiverr : Semoga Berjaya

Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Silahkan klik disini untuk berlangganan gratis via email, dengan begitu Anda akan mendapat kiriman artikel setiap ada artikel yang terbit di Creating Website

0 comments:

 
Kartikel Ping jawatan kosong 2012 jawatan kosong terkini Bloggers - Meet Millions of Bloggers Page Rank Checker Blogged.my Free Auto Malaysia Backlinks Text Back Link Exchange Ping your blog, website, or RSS feed for Free Support : Fiverr.com | RahsiaWangFiverr | Apa Itu Fiverr | 1Malaysia
Copyright © 2014. Buat Duit Online - Apa Itu Fiverr - All Rights Reserved
Template Modify by Apa Itu Fiverr
Proudly powered by Blogger