Apa Itu Fiverr - Sistem Urusniaga

Apa Itu Fiverr - Sistem Urusniaga Di Fiverr

Apa Itu Fiverr - Sistem Urusniaga Di Fiverr : Dengan memegang sehelai kertas yang tertera nama seseorang atau mesej ringkas dan berlatar belakangkan monumen / pemandangan menarik, anda akan dibayar 5 US Dollar. Mudah dan senang, bukan? Ini adalah salah satu contoh dari ribuan servis unik dan kreatif yang boleh anda tawarkan di laman Fiverr untuk menjana wang secara online. Apa itu Fiverr? Fiverr merupakan satu laman web yang menyediakan tempat untuk sesiapa sahaja di seluruh dunia menawarkan apa jua servis dengan kadar bayaran 5 US Dollar. Fikirkan sesuatu yang unik dan kreatif untuk anda persembahkan di dalam gigs akaun Fiverr anda dan aktifkan gigs untuk di laman web Fiverr. Setiap order bernilai 5 US Dollar.

Apa Itu Fiverr Sistem Urusniaga

Gunakan kemudahan dan peluang yang ditawarkan di laman Fiverr untuk menjana pendapatan secara online. Kenalpasti kemahiran yang anda miliki dan servis yang sanggup anda lakukan untuk menerima bayaran berjumlah 5 US Dollar.Secara mudahnya Fiverr beroperasi secara 2 hala, iaitu antara pihak penjual yang menawarkan servis/perkhidmatan di Fiverr dan pihak pembeli yang membeli apa yang ditawarkan dengan kadar harga 5 US Dollar.

Bagaimana menjual di Fiverr?

Buat 1 gigs untuk menawarkan servis/perkhidmatan anda. Aktifkan gigs tersebut di laman Fiverr dan kongsikan juga gigs tersebut kepada rakan-rakan anda. Anda boleh promosikan gigs anda melalui pelbagai medium promosi secara online.

Tutorial aktifkan gigs di fiverr boleh KLIK SINI

Anda akan dimaklumkan melalui e-mail apabila terdapat order untuk gigs anda dari pihak Fiverr. Terima order dan lengkapkan order tersebut. Selepas pelanggan menerima order tersebut, Fiverr akan memasukkan 4 US Dollar ke akaun Fiverr anda dalam tempoh 48 jam. Setiap transaksi order, caj 1 US Dollar dikenakan oleh pihak Fiverr. Selepas amoun tersebut dimasukkan ke akaun Fiverr, anda boleh mengeluarkannya/withdraw ke akaun Paypal anda.

Bagaimana membeli di Fiverr?

Cari dan pilih gigs yang anda inginkan. Buat pembayaran berjumlah 5 US Dollar menggunakan akaun Paypal atau Kad Kredit. Anda juga boleh berkomunikasi dengan pihak pembeli sebelum membuat order gigs yang anda inginkan. Anda akan mendapat order gigs dalam masa yang ditentukan oleh pihak penjual. Jika berlaku kelewatan, anda berhak membatalkan order dan mendapat semula ( refund ) bayaran 5 US Dollar. Selepas anda menerima order, anda digalakkan memberikan feedback terhadap gigs yang anda order itu.

Urusniaga di Fiverr cukup mudah dan ringkas. Tidak melibatkan prosedur yang kompleks. Pasaran servis/perkhidmatan berharga 5 US Dollar cukup luas di mana pelawat Fiverr datang dari seluruh dunia. Gunakan peluang ini untuk menjana pendapatan secara online dengan menawarkan servis/perkhidmatan di laman Fiverr. Mulakannya hari ini dan jana US Dollar.

Apa Itu Fiverr - Sistem Urusniaga Di Fiverr : Semoga Berjaya

Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Silahkan klik disini untuk berlangganan gratis via email, dengan begitu Anda akan mendapat kiriman artikel setiap ada artikel yang terbit di Creating Website

0 comments:

 
Kartikel Ping jawatan kosong 2012 jawatan kosong terkini Bloggers - Meet Millions of Bloggers Page Rank Checker Blogged.my Free Auto Malaysia Backlinks Text Back Link Exchange Ping your blog, website, or RSS feed for Free Support : Fiverr.com | RahsiaWangFiverr | Apa Itu Fiverr | 1Malaysia
Copyright © 2014. Buat Duit Online - Apa Itu Fiverr - All Rights Reserved
Template Modify by Apa Itu Fiverr
Proudly powered by Blogger